26 July 2016

SEDIH TAK TERLUAH


Bismillahirrahmanirrahim…walaupun waktu nih tengah struggle utk submit thesis, rasa sangkut kalau tak menulis, hehe…

Sedih? Ye..biaselah hidup kan, sentiasa diuji. Semua orang ada cara sendri untuk overcome rasa sedih nie. As for me, dulu-dulu kita takde idea nak buat apa, nak buat camne, arghhh!!! Last2 tertekan sorang2. Sebab syaitan banyak bisik suruh buat bukan-bukan. Biasalah muda kan..

Masa menulis ni, mebi mata aku tengah berkaca..hihi, sebab tu aku decide utk menulis sekarang, perasaan tengah high kate ko…

Setiap orang melalui fasa matang tu berbeza-beza, dan aku?? Hehe… aku masih belum matang. Kenapa ek aku lambat matang. Entah!

Benar, masa usia awal 20 an jiwa kosong.. tengok orang belajar, kita belajar, tengok orang bercinta, rasa nak bercinta, tengok orang kawen..hmm.. x rasa sangat nak kawin. Sebenarnya usia ni kita masih mencari-cari diri kita sendiri, jenis penyabar ke, jenis tak kisah ke, jenis baran ke, jenis tak ikhlas ke, jenis berkira ke.. haa camtulah.

Masuk usia 24, aku sambung belajar peringkat sarjana. Bermula lah zaman tertekan yang membawa aku kepada diri aku sendri. Kursus aku ni memerlukan aku ada kat makmal dari pagi ke malam, pagi ke malam..dan aku sejenis yang komited sebab aku tahu aku ni jenis yang lambat pick up..so aku kena rajin.

Masuk sem 2 aku mintak kereta ngan abah. Sebab aku dah rosakkan motor LC abg, actually kena langgar. Masa ni aku stay kat pangsapuri dekat presint 9 putrajaya, setiap kali aku down.. aku balik dari lab.. aku singgah mana-mana area putrajaya tu.. banyak jambatan aku leh lepak sorang dan menangis kuat-kuat dalam kereta. (please don't do this anymore)

Pernah aku balik dari mengajar tuisyen dkt Balakong, aku brenti tepi highway sbb menangis Ex aku mintak break. Haha.. memang drama. Orang kalau nk mintak putus dia x kira la kau tgh keje ke, tengah berak ke, tengah tido ke, baru bangun tido ke. Sekarang ni masalah kau lah nak overcome the feeling. Yes.. first thing, menangis..

As time goes by, umur pun dah 27, aku mula rasa aku matang sikit…sikit laa… hihi.. sebab aku sekarang lebih calm. Bila stress, I got my own solution.. mula-mula aku husnuzon, apa-apa jadi… semua atas kehendak Allah. Bila masuk malam, perasaan kita akan sedikit sayu.. so confirm akan menangis. Kalau solat pun tersekat-sekat bacaan tu.. banyak dalam kepala kita kan… rasa nya diri ni tak layak nak berbicara dengan Tuhan sebab dosa kita terlalu banyak. Tak ape, Allah maha mendengar dan maha pengampun.. jgn malu, menangis dpn Dia sampai keluar belon hingus pun.



Dulu aku suka luah dekat kawan. Tapi sekarang apa-apa pun, belajar dahulukan Tuhan..kadang2 kawan boleh pengaruhi emosi kau masa ni. Sebab mereka pun tak tahan tengok kau sedih, at the same time mereka pun akan tnya itu ini apa dan kenapa which is buat kau lagi stress.




“So lepas nangis, cari Tuhan k. kadang-kadang aku cari masa free, drive pergi masjid UPM or masjid  putrajaya.. kau solat dgn tenang, duduk dalam masjid tu dan tengok sekeliling, manusia masuk keluar masjid tiada lain hanya untuk mengabdikan diri padaNYA dan bayangkan camne kalau seminit lepas ni, kat tempat kau duduk tu berlaku gempa bumi atau kiamat kecil. Tak kisahlah..asalkan kau buatkan hati kau berfikir yang kita ni hidup untuk mati. Berbaloi ke bersedih lama-lama sedangkan selepas mati, hanya amalan yg di hitung, tapi banyak masa kita habiskan untuk meratap dan bersedih.”

Lepas kau dah reda dan mampu untuk hadap orang lain, contact lah kawan-kawan and ajak diorang lepak ke, makan-makan ke...salah satu benda aku suka buat, hiking.. tengok alam dan exercise. :)

Last tips, tido awal..so that esok bangun subuh awal and cukup rest.

“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al-Qashash:73). 

That's it.. a little share from me to overcome sadness, hope membantu!

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

PERTAMA KALI JOIN USRAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.. sis tengah gain mood nak membaca report student ni..tapi disebabkan report tu dalam bentuk soft copy, dia punya...