09 October 2019

PERTAMA KALI JOIN USRAH!!

Bismillahirrahmanirrahim..

sis tengah gain mood nak membaca report student ni..tapi disebabkan report tu dalam bentuk soft copy, dia punya malas tu berganda-ganda uhuhuhu.

ok, masih ingat pada latest posting sis pasal panic attack? sebenarnya sebelum kena panic attack lagi sis dah fikir nak cari sahabat kat upsi ni. sebab sis tahu sis memang tak boleh nak expect sis akan dapat kawan yang seusia sis dan sebidang dengan sis dekat upsi ni, kat lab sis, ada sorang je kawan perempuan, dia pun dah tengah finalized result, and tengah writing sekarang. so, sis decided nak join kelab persatuan islam dekat upsi ni, AMC Club.

sis mulanya memang nak join usrah je, and sis tahu sis tak boleh commit datang usrah and ektiviti kelab sepenuhnya, tapi alhamdulillah, sis tengok, kelab ni sangat2 aktif, tapi kita memang tak diWAJIBkan hadir kesemuanya, ikut pada kelapangan kita. memang menepati yang sis inginkan, sis nak tambah ilmu agama, dakwah, berkongsi pengalaman, nak dapatkan kawan baru dan nak isi masa lapang sis, supaya sis tak terlalu habiskan masa pada eksperimen je 24 jam.

bulatan usrah sis. masyaallah positive vibes sangat diorang ni walaupunn  masih muda. sis doakan mereka ni dipelihara Allah dari anasir-anasir jahat di luar sana .




so, setakat ni, sis baru 2 kali join program AMC, esok will be my second time usrah. tak sabarnya sebab esok kena bawak quran. moga ALLAH izin amin...



assalamualaikum..

PERTAMA KALI JOIN USRAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.. sis tengah gain mood nak membaca report student ni..tapi disebabkan report tu dalam bentuk soft copy, dia punya...