12 April 2016

BUKAN KERANA SAYANG

Bahagian 2

Akish memecut laju ke tempat kerja, wajah wafi bermain2 di kepala, sambil bermonolog sendiri “ camne die blh ada kat sini, dia buat apa kat sini??..ahhhh, lantak lah..x penting, pikir pun buat sakit hati..fokus3..”

Akish bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat komunikasi tempatan di shah alam, cabaran tugasnya hari-hari adalah angkat telefon, selesaikan masalah pelanggan, dan kena tahan maki dengan customer yang call untuk komplain dan sebagainya. Kawan rapat akish, bibi yang juga rakan sekelas akish masa study UTM dulu juga kerja bersama akish di syarikat yang sama. Kebetulan mereka bekerja di shift sama hari ni. Setibanya waktu lunch hour, akish terus bingkas  ke tempat bibi dan menariknya ke lobi, tak sabar ingin menceritakan hal yang dialaminya pagi tadi.

“Eh! Sakitlaahh!…ko ni kenapa minah oii, x menyempat-nyempat..tau la lapar..lek ahh..” sambil membetul-betulkan tudung nya yang sudah senget sedikit akibat di sentap akish. “wehh, ko teka..sape aku jumpe pagi td..?? “

Bibi mogok, diam sahaja, malas memberi reaksi.. .”aku,.jumpe..wafi”..sambung akish.
“wafi mane…??”..jawabnya malas..

“wafi tu la sengal!, wafi mana lagi…”.. balas akish
“woo..woo..woo.. Mohd Wafi Abd Suki tu ke beb?!!!”, balasnya kuat, kali ni, dia yang menarik lengan akish, duduk di kerusi pantry.

“haa..laa..die, tapi tak sempat tanya ape-ape aku dah blah”..cerita akish ringkas
“laa…ko nihh.. kenape tak tanya mana die pergi selama ni, bukan ko ke yang macam orang gila cari dia selama ni, dah bertahun hilang..” marah bibi.

“aku terkejut lah..macam-macam lah!, lagipun buat apa aku nak ingat balik, nak kena tnya segala bagai, lantak lah die”..balas akish dengan nada sedikit kesal
“well…tapi, sekurang-kurangnya kau dapat tahu cerita sebenar dari mulut dia sendiri beb..”… jawab Bibi sambil menarik kerusi untuk duduk.

“Ehemm!! “, Kedengaran suara lelaki dari belakang.. Akish dan Bibi serentak menoleh terkejut. “Rancak bersembang, boleh join? Hehe..”. Azman sememangnya sudah lama menaruh perasaan kepada Akish tetapi Akish senang untuk pura-pura tidak perasan dengan keadaan itu. 
“sibuklah kau!, ni hal orang pompuan, mana boleh share”..Jawab bibi cuba mengelak. “Eh korang da lunch?? Jom lunch sama, aku takde geng nie..”. Ajak Azman yang sememangnya cuba mencuri peluang untuk mendekati Akish. “Eh...aku kena g bank, tak boleh join, sorila ekk..” Akish memberi alas an tidak logik langsung disangkal Bibi, “woi, bank apa bukak waktu ni??, dah3...jom ikut kitorang”. 

-Bersambung--

PERTAMA KALI JOIN USRAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.. sis tengah gain mood nak membaca report student ni..tapi disebabkan report tu dalam bentuk soft copy, dia punya...