01 July 2019

PENYELIA POSTGRADUATE

Assalamualaikum wbt,

Sis kembaliiii... ok, sebelum sis makin busy, sis up satu entry pasal pentingnya pemilihan penyelia masa buat research Master or PhD.

Ok, first thing first, before kita nak mula approach pensyarah mana untuk kita assign as our supervisor untuk projek kita, kena tahu bidang expetise dia. match atau tak dengan projek yang kita nak buat. Tapi most of the time, pensyarah yang akan iklan kekosongan tempat untuk student phD, and tajuk dan bidang research juga sudah ada, student yang bakal join the research nanti, datang daftar dan run projek tu terus. Untuk calon yang ada minat untuk propose projek sendiri, boleh, risiko dia, korang kena self fund, sebab usually pensyarah yang approach student tu dia ada geran research "ka ching!!!"" $$$$$$$$$. hehehehe. yes, untuk tanggung korang punya elaun belajar juga, kamu perlu run projek yang ada geran ye adik2.

Ketika sis apply master dulu, tahun 2013, Mybrain15 sangat mudah nak dapat, apply online je, submit borang2 kat kaunter, asalkan cgpa above 3.0, lulus!. so student yang under mybrain15 ni, yuran pengajian akan ditanggung selama 4 semester atau tidak lebih dari RM10k. dan sekiranya ada baki dari RM10k tu, kamu dapat la guna untuk claim duit thesis lepas kamu dah submit hardbound ke universiti (kepil dengan surat senat).Claim thesis tu maksimum RM3k, sis tengah tunggu duit masuk ni, sis dah hantar november last year, insyaAllah bulan ni masuk, dapatla setelkan hutang2 tertunggak hihi.

Berbalik kepada isu penyelia, kalau kamu dah ada kawan2 yang kenal pensyarah tu, cuba riki2, tanya pensyarah tu ok tak, student dia graduate on time tak. Penting untuk survival kamu nanti. Untuk kes sis, pensyarah sis masa tu xde lagi student postgrad yang graduate (jeng jeng jenggg.....) hahaha.. Sis yang naif ni bawak kepala kosong, datang2, pensyarah interview sikit, after seminggu sis buat keputusan nak terima je. so bermula la kisah postgrad master sis pada januari 2013, daftar sebagai student upsi, tapi akan attach ni upm..kisah suka duka yang ni sis akan post secara bersiri (giteww) di lain entry, sebab terlalu banyak suka duka drama dan air mata yang jatuh sepanjang journey master sis.

So!, basically pensyarah muda akan kurang sedikit dana geran yang dia dapat, and sis dapat elaun masa tu dalam RM600 je rasanya x ingat sangat, selama 3 tahun. duit tu la nak survive dan alhamdulillah first year di upm, sis tumpang rumah abang dan isteri di putrajaya dan ulang alik serdang-putrajaya dengan guna motorsikal (Fuhhhh...).

Life sis huru hara after sis dah tamat pembiayaan elaun, so basically I was in financially drained!.bermula hujung tahun 2015, sis balik kampung dan bermula la episod kemurungan dan anxiety sis..sis akan buat entry lain jugak yang ni sebab jalan cerita dia "heavy" sedikit. so kat sini la pentingnya penyelia yang bagus dan concern, dia akan bantu dan support student dia walaupun sis sendiri masa tu dah "totally give up". Supervisor sis lebih percaya dengan kemampuan sis, berbanding diri sis, dan peluang demi peluang dia bagi kat sis supaya sis bangkit walaupun masa tu semangat sis untuk berjuang tinggal setitis je tersisa. Alhamdulillah selain keluarga yang memahami, pensyarah sis pinjamkan sedikit wang untuk sis selesaikan yuran tertunggak (lepas habis tajaan Mybrain15 pada 2014). Masa ni sis sangat tersentuh juga, walaupun dia non-muslim, tapi akhlak dia sangat terpuji dan baik hati. Masa ni sis dah hijrah, dah berniqab, sis bisik diri sendiri, 

"aku tak nak leka lagi, sebab aku bawa imej islam, aku kena kuat dan bangkit dan jadi manusia yang berpegang pada janji sebab aku tak nak jadi manusia munafik."

last but not least, before proceed dengan pensyarah tu, makesure dia tak terlalu busy, so that kamu boleh meeting dengan dia selalu dan update progress direct face to face. selain dapat eratkan hubungan antara pelajar-penyelia, kamu dapat ilmu direct from him as expertise dalam research kamu and alhamdulillah, supervisor sis sangat2 suka berbagi ilmu. dan dia akan explain sampai kamu faham. however, please..please make sure before kamu meeting with your supervisor, do some homework and preparation, sebab kamu ni bukan uindergad nak kena spoonfeed je knowledge tu. and tolong come out with ideas, think out of the box. supervisor boleh tengok potensi kamu masa ni dan kadang2, dia akan bagi "jalan keluar untuk kamu" which means, "terminate", perkataan yang student postgrad paling takut...hehehe

Jadi, itulah serba sdikit faktor sis terima apabila supervisor sis approach untuk sambung phD under him, itu pun sudah setahun beliau iklan kekosongan tu dan belum dapat yang sesuai. dengan elaun yang ditawarkan, cukup untuk sis back up diri sis, sebab sis belum dapat kerja masa tu, so why not sis grab je chance yang ada ni.


so, see you in the next post!


assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

PERTAMA KALI JOIN USRAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.. sis tengah gain mood nak membaca report student ni..tapi disebabkan report tu dalam bentuk soft copy, dia punya...