19 August 2019

ANXIETY ATTACK/PANIC ATTACK

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah harini 18 Zulhijjah 1440, sis baru balik dari cuti raya haji hari khamis aritu. sis ada nak share satu pengalaman yang berlaku pada sis a few weeks before sis balik cuti raya haji haritu. As we know, tengah bulan 6 hingga awal bulan 9, universiti awam di malaysia ni, cuti semester. since sis pun menyewa dengan lagi 9 orang student tahun akhir ISMP, maka sepanjang cuti tu, mereka kena hadir sepenuhnya untuk latihan mengajar di sekolah2 yang mereka pilih. so, sepanjang itulah, sis is all alone di rumah 2 tingkat tu. ok, nak relate dengan anxiety, sis banyak situasi nak relate sebenarnya.

Rumah sis rumah teres, kiri kanan jiran adalah family punya house, tapi kami tak pernah bertegur sapa, in fact..sis really2 try hard nak ada eye contact and say hi to them, of course the wives..tapi macam...they are not welcoming us here ;(. faham tak apa sis cuba maksudkan. contoh macam masa kita balik kerja, kebetulan dia pun balik kerja, sampai rumah serentak, sis cuba la leisure2 kat luar tu, konon nk tegur ke nk senyum ke, tapi they are not, bukak pintu terus straight masuk umah tak pandang kiri kanan. so sis is upset kat situ.. tak kan sis nak tegur shuben diorang plak kan. macam x sesuai.

so, bila kawan2 dah cuti, sis dah mula risau sbb sis sorang2, and takde kawan lain di tg malim ni, kecuali labmate sorg, dia stay jauh sikit and takde transport, so susah sikit nak mintak tolong. so bila malam je, sis start risau. asalnya sis ok ok je. mula lah satu malam tu, sis dengar something meletup macam bunyi mentol meletup ke apa kuat sangat and macam dekat sangat dgn sis masatu and bunyi dari pintu sliding sekali, buat sis panik malam tu. sebab bila rumah teres, rumah sebelah2 boleh jump from balcony to balcony je kalau nak ke rumah sebelah. so since malam tu, asal malam je, sis akan tutup pintu bilik and sandar pintu dengan katil roomate untuk double safety (pintu bilik sis plak mmg rosak tak boleh kunci, ha tepukkk) and malam2 tidur dengan lampu terpasang, boleh nyenyak tak tidur agak2? huhuhhu...

disebabkan malam2 sis "terpaksa" insomniakan diri sebab perkara diatas tadi, and pagi nya kena datang lab, my body immune sistem dah lemah..and kena jangkitan virus exanthem yang sis tak tahu bila and kat mana kena sebab sis always here and there sebab buat part-time and attend family invitation etc. so awal bulan 7 sis dah dpt simptom sakit2 badan, pening, and demam2, sis pergi jumpa Dr kat klinik upsi buat pertama kali, Dr bagi ubat sakit badan, ubat tahan muntah/pening and boleh plak misi kat farmasi tu tanya, "awak mengandung ke?" sentapzzz k hahaha! sebab ubat tahan muntah punya pasal. entahlah, tapi sampai sekarang tak bersentuh ubat tu, sebab sis x muntah, tapi pening2, so better xpayah amik if boleh kawal lagi.

after seminggu, badan sis naik rashes, mula kat tangan and lengan sis risau takut denggi..g jumpa Dr upsi lagi, bagi ubat gatal and calamine lotion..dr kata bukan denggi. ok, day by day, rashes makin teruk, family paksa suh g check darah, g klinik upsi lagi dengan harapan Dr check darah, tapi hampa..Dr just bagi cream gatal and tambah ubat gatal and strepsil sebab sis cakap sesak nafas. sis tak boleh brain knapa Dr bagi strepsil sebab sesak nafas, sebab masa nganga mulut, Dr kata ada merah2 kat tonsil. minggu tu pula ada kes student meninggal kena tibi, pastu sis pun kena soal siasat sebab dulu ada student masuk icu sebab kena jangkitan kuman and student tu pernah guna lab sis untuk buat eksperimen tu. bertambah la risau sis sebab takut kuman tu still there and berjangkit ke kita plak.


malam2 memang tak boleh tido sebab sorang2 tu satu, ni tambah plak gatal2 teruk, tengok badan sendiri macam peta dunia, benua sana sini hahaha. esoknya pagi di lab,after sis makan strepsil, tiba2 rasa ruang udara dalam mulut ni kebas2 dan mengembas, macam area tonsil tu dah tutup jalan udara nak ke peparu.sis cuba ignore and tarik nafas, lama jugak la..smpai tak ingat bila dia back to normal. after habis lab demonstration haritu, sis balik rumah agak lewat, sebab amali diorang dragged sampai kul 7, balik rumah, makan kejap, nak solat magrib, tengah solat tu, tetiba perasaan tak sedap, kebas satu badan and shaking, cuba jugak habiskan solat. pastu amik fon, call kawan, tanya kecemasan klinik tg malim boleh pergi tak waktu tu. sis kuatkan diri drive ke unit kecemasan tu, bagi ic kat kaunter dengan badan shaking., cakap, saya tak boleh nafas..assaaaya tttakk bolehhhh nnafasss!! sis malu, sebab rupa sis macam dalam cerita orang yang sakit sebab tak dapat dadah hahahaha!..brother depan tu tengok2 kat sis, air mata toksah kata la...macam air terjun..dah la sorang2..faham tak hahaha. dalam 5 minit pastu dia suh masuk, cek bloodpreessure sume, sorang doktor and MA datang. terus doktor tu cakap perkataan "HYPERVENTILATION", and doktor tu suh sis amik deep breath and bertenang.



kemudian, mereka suh masuk bilik rawatan tu, baring, Dr amik darah, and sorang nurse pompuan datang, sambung wayar2 kat badan dan kaki. sis tanya, ni nak cek jantung ke? nurse angguk. disebabkan masa nak pasang wayar tu, baju kita kena angkat, nurse nampak la sis punya rashes yang macam benua kat badan sis tu. Nurse tnya kenapa nie, cakap la allergik, tapi tak tahu allergik apa..nurse tu pelik kenapa dr.kat upsi tu tak inject instead of bagi lotion and cream je sebab sis punya rashes memang scarreyhhhh!!. sebenarnya salah sis juga sebab sis just tunjuk kat lengan, padahal yang teruk tu kat area badan, tapi sis macam rasa tu aurat sebab ketiga2 kali sis gi klinik upsi, dapat Dr lelaki huhu..mebi pasni sis cuba request je..

Lepas result jantung tu dah dapat capture bacaan, nurse suh sis sedut oxygen apa tu, yang pasang dekat hidung tu. Tak lama pastu Dr datang, tanya keadaaan sis, sis pun tak sedar masa tu dah stop shaking and nafas dah ok. Dr ni bagus, tenang je, ajak sembang, suh kita calm. dia kata result darah tadi saya kena virus EXANTHEM, sebab tu saya demam and gatal2 tu... tang tu jugak sis google dan tunjuk kat Dr. and tanya, virus ni ke Dr? Dr angguk. pastu, Dr bagi ubat, then sis pun boleh balik like takde apa berlaku hahaha! just Dr bagi ubat demam.


balik2 rumah sis terus ingat perkataan hyperventilation tadi, terus google..


"Hyperventilation is a condition in which you start to breathe very fast. Healthy breathing occurs with a healthy balance between breathing in oxygen and breathing out carbon dioxide. You upset this balance when you hyperventilate by exhaling more than you inhale."

lahhh...rupa2nya tadi sis kena panic attack. sis tahu pasal benda ni, sebab mmg folow group anxiety di FB and mostly diorang if kena serangan, diorang akan share pengalaman and the members will support each other. bila sis post pasal pengalaman sis kena panic attack di FB sis, ada someone komen, "kenapa kena panic attack? ada anxiety ke?".. masatu sis agak tertampar jugak la sebab ayat dia really x cover hahaha. tapi benda tu lead sis untuk fikir balik apa benda yang trigger sis anxiety masatu sampai kena panic attack. bila fikir2 balik.. start dari risau tinggal di rumah sorang2, naik rashes, tak boleh tido malam, pastu minum coffee lagi sebab nak cover ngantuk makan ubat gatal. itulah sebenarnya punca.  so lepas ni.. sis kena alert and if panic attack serang lagi, i just need to try to rilex, deep breath and rest..


ok itu sahaja..gatal2 dia belum sembuh sepenuhnya. ada sikit lagi kadang2 berbintat sana sini tanpa sebab. sis layankan je, malas nak fikir macam2 dah macam aritu. kadang kita tak sedar kita tengah built up anxiety tanpa kita sedar, so sis lepas ni akan belajar untuk tak terlalu layan perasaan ingin tahu tu sangat and let it go and rilex. insyaALLAH  things will be getting ok.


Asssalamualaikum...

PERTAMA KALI JOIN USRAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.. sis tengah gain mood nak membaca report student ni..tapi disebabkan report tu dalam bentuk soft copy, dia punya...