12 March 2015

BUKAN KERANA SAYANG



Bahagian: 1


Pin2!!...pin2!! Pon2!!  Lamunan akish terhenti tatkala bunyi hon bertalu-talu dari kereta belakang, Allah… dah hijau rupanya lampu isyarat. Terus akish tekan pedal minyak dan memecut laju volkswagen beetle warna biru tua milik nya itu.

Setibanya di pangsapuri perdana, seperti biasa akish akan parking di lot parking belakang bangunan, walaupun gelap dan menakutkan, akish lebih rela redah daripada harus membuang masa mencari-cari parking di lot parking hadapan yang semestinya sudah penuh pada waktu ini.

Akish terus ke lift dan menekan butang ke tingkat 12. Sunyi, memang waktu orang berehat, yelah.. sudah jam 11 malam. Langkah akish perlahan, sambil tersenyum kelat, akish hairan entah kenapa tetiba di persimpangan lampu isyarat depan hotel concord tadi, akish tiba-tiba teringat segala kenangan dia bersama wafi. Padahal sudah 3 tahun, hari-hari akish akan melewati jalan yang sama untuk ke pejabatnya di seksyen 13.

Pintu rumah tak berkunci, ohh.. si Nad pun tak tido lagi, terkekek-kekek gelak tengah layan cerita korea kt ruang tamu, tak perasan pun akish dah balik. akish malas nak menyapa, terus ke bilik dan menukar pakaian tidur.

Akish penat, tapi otaknya galak mengimbas kenangan-kenangan manis yang bertukar pahit tu. “aaaghhhhh… dah la akish.. tido, tido, tido!!!”” jerit akish pada diri sendiri sambil menutup muka dengan bantal. Malam berlalu begitu sahaja, dan akish tidur dengan tak mandi pada malam itu. :P

Harini akish kerja shift pagi, seperti kebiasaannya, akish akan sedar pukul 6 pagi, delay 15 minit, dalam 6:15, 6:20 akish akan betul-betul bangkit dari katil, mandi, solat dan bersiap-siap ke tempat kerja. Hari ni akish rajin, so dia  buat sarapan nasik goreng ikan bilis.. di simpan sedikit untuk satu-satu nya rakan serumah nya si Nad yang tak pernah tolak rezeki.

Selesai sarapan, akish turun ke parkir, seperti biasa, susuk tubuh comel akish dengan flat shoes, langkah kecik tapi laju akish tu membuat kan siapa sahaja yang melihatnya pasti ingat dia tergesa-gesa, padahal dia memang begitu kecuali ada masa tertentu dia akan jalan perlahan, biasanya sebab tengok phone or tengah ingat jalan.

Setibanya dia ke kereta, tiba-tiba ada suara menyapa….”amboii..lajunya nak kemana tu?”..dengan kening berkerut,  akish toleh ke belakang, perlahan-lahan dari hujung kasut ke atas kepala akish pandang manusia yang menegur itu. Alangkah terkejutnya akish, lelaki itu, suara itu, bau semburan wangian itu, sosok tubuh itu adalah wafi!! lelaki itu!! Lelaki itu!!

Akish yang sememangnya super spontan dalam memberi reaksi wajah kembali toleh ke depan menyembunyikan wajah sambil dalam hati berbisik “biar betik!! baru semalam teringat dooo… harini muncul”. Wafi kembali menegur “helloo…are u okay??..hehe.. “.

Akish memberanikan diri untuk menghadap muka wafi. “ehh, you buat apa kat sini??, I nak g keje, dah lewat, k bye!”… entah kenapa akish menjadi tidak relaks kali ni dan berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan wafi yang tidak sempat membalas apa-apa pun, yang baginya sudah tidak berapa penting untuk di layan..


----BERSAMBUNG---

No comments:

Post a Comment

PERTAMA KALI JOIN USRAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.. sis tengah gain mood nak membaca report student ni..tapi disebabkan report tu dalam bentuk soft copy, dia punya...