26 July 2016

9 Tips For Life Happily


1. Do not Fear and Worry
• Feelings of fear and worry is our mind the most unproductive . Most of the things we worry about or fear never happens. So what are we worried and afraid?

 2. Do not  Revenge
 • Revenge is the biggest thing and it will be the heaviest burden if we keep them in our hearts. Will you carry it throughout life? .... I do not think so. Do not waste our energy to hold a grudge, it is definitely of no use. Please use our energy for the things that are positive. 

3. Focus On One Problem
 • If we have some problems, resolve our problems one by one. Do not think of to solve the problem at once because it will make us even more stress.

 4. Do not Bring Problems into Your Sleep
 • The problem is a very bad thing for the health of our sleep. Our subconscious mind is a remarkable thing that can make us nervous and we become not sleep soundly. 

5. Do not Try To Resolve Others Problems
• Help others who are in trouble is a noble thing, but if we take the largest share to resolve the problems of others that's the biggest mistake. Let such a person who solve their own problems with the largest share.

 6. Do not Live in the Past
 • It may be convenient for us to remember unpleasant things in the past but do not you fall asleep in it. Concentrate with what is happening at the moment, because we will be able to feel a lot of happiness in the moment. I'm sure we'll have a feeling much happier if we were celebrating what happened today than remembering happiness in the past.

7. Be a Good Listener
 • Probably most people including me hard to be a good listener. On the contrary we expect other people to listen to our speech, but actually to learn to listen to others, we will get a lot of new things that can be very useful for the happiness of our lives. 

8. Do not Let The Frustration Disrupt Your Life
 • Have pity on ourselves more than anything, I mean we must not give in to frustration. Move on. Take positive action and do it consistently. 

9. Always Thankful 
• Be grateful and thankful for all that we got, not only positive but also negative things, because I believe behind every negative thing, there are good things that we can learn.

SEDIH TAK TERLUAH


Bismillahirrahmanirrahim…walaupun waktu nih tengah struggle utk submit thesis, rasa sangkut kalau tak menulis, hehe…

Sedih? Ye..biaselah hidup kan, sentiasa diuji. Semua orang ada cara sendri untuk overcome rasa sedih nie. As for me, dulu-dulu kita takde idea nak buat apa, nak buat camne, arghhh!!! Last2 tertekan sorang2. Sebab syaitan banyak bisik suruh buat bukan-bukan. Biasalah muda kan..

Masa menulis ni, mebi mata aku tengah berkaca..hihi, sebab tu aku decide utk menulis sekarang, perasaan tengah high kate ko…

Setiap orang melalui fasa matang tu berbeza-beza, dan aku?? Hehe… aku masih belum matang. Kenapa ek aku lambat matang. Entah!

Benar, masa usia awal 20 an jiwa kosong.. tengok orang belajar, kita belajar, tengok orang bercinta, rasa nak bercinta, tengok orang kawen..hmm.. x rasa sangat nak kawin. Sebenarnya usia ni kita masih mencari-cari diri kita sendiri, jenis penyabar ke, jenis tak kisah ke, jenis baran ke, jenis tak ikhlas ke, jenis berkira ke.. haa camtulah.

Masuk usia 24, aku sambung belajar peringkat sarjana. Bermula lah zaman tertekan yang membawa aku kepada diri aku sendri. Kursus aku ni memerlukan aku ada kat makmal dari pagi ke malam, pagi ke malam..dan aku sejenis yang komited sebab aku tahu aku ni jenis yang lambat pick up..so aku kena rajin.

Masuk sem 2 aku mintak kereta ngan abah. Sebab aku dah rosakkan motor LC abg, actually kena langgar. Masa ni aku stay kat pangsapuri dekat presint 9 putrajaya, setiap kali aku down.. aku balik dari lab.. aku singgah mana-mana area putrajaya tu.. banyak jambatan aku leh lepak sorang dan menangis kuat-kuat dalam kereta. (please don't do this anymore)

Pernah aku balik dari mengajar tuisyen dkt Balakong, aku brenti tepi highway sbb menangis Ex aku mintak break. Haha.. memang drama. Orang kalau nk mintak putus dia x kira la kau tgh keje ke, tengah berak ke, tengah tido ke, baru bangun tido ke. Sekarang ni masalah kau lah nak overcome the feeling. Yes.. first thing, menangis..

As time goes by, umur pun dah 27, aku mula rasa aku matang sikit…sikit laa… hihi.. sebab aku sekarang lebih calm. Bila stress, I got my own solution.. mula-mula aku husnuzon, apa-apa jadi… semua atas kehendak Allah. Bila masuk malam, perasaan kita akan sedikit sayu.. so confirm akan menangis. Kalau solat pun tersekat-sekat bacaan tu.. banyak dalam kepala kita kan… rasa nya diri ni tak layak nak berbicara dengan Tuhan sebab dosa kita terlalu banyak. Tak ape, Allah maha mendengar dan maha pengampun.. jgn malu, menangis dpn Dia sampai keluar belon hingus pun.



Dulu aku suka luah dekat kawan. Tapi sekarang apa-apa pun, belajar dahulukan Tuhan..kadang2 kawan boleh pengaruhi emosi kau masa ni. Sebab mereka pun tak tahan tengok kau sedih, at the same time mereka pun akan tnya itu ini apa dan kenapa which is buat kau lagi stress.




“So lepas nangis, cari Tuhan k. kadang-kadang aku cari masa free, drive pergi masjid UPM or masjid  putrajaya.. kau solat dgn tenang, duduk dalam masjid tu dan tengok sekeliling, manusia masuk keluar masjid tiada lain hanya untuk mengabdikan diri padaNYA dan bayangkan camne kalau seminit lepas ni, kat tempat kau duduk tu berlaku gempa bumi atau kiamat kecil. Tak kisahlah..asalkan kau buatkan hati kau berfikir yang kita ni hidup untuk mati. Berbaloi ke bersedih lama-lama sedangkan selepas mati, hanya amalan yg di hitung, tapi banyak masa kita habiskan untuk meratap dan bersedih.”

Lepas kau dah reda dan mampu untuk hadap orang lain, contact lah kawan-kawan and ajak diorang lepak ke, makan-makan ke...salah satu benda aku suka buat, hiking.. tengok alam dan exercise. :)

Last tips, tido awal..so that esok bangun subuh awal and cukup rest.

“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al-Qashash:73). 

That's it.. a little share from me to overcome sadness, hope membantu!

Assalamualaikum..

12 April 2016

BUKAN KERANA SAYANG

Bahagian 2

Akish memecut laju ke tempat kerja, wajah wafi bermain2 di kepala, sambil bermonolog sendiri “ camne die blh ada kat sini, dia buat apa kat sini??..ahhhh, lantak lah..x penting, pikir pun buat sakit hati..fokus3..”

Akish bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat komunikasi tempatan di shah alam, cabaran tugasnya hari-hari adalah angkat telefon, selesaikan masalah pelanggan, dan kena tahan maki dengan customer yang call untuk komplain dan sebagainya. Kawan rapat akish, bibi yang juga rakan sekelas akish masa study UTM dulu juga kerja bersama akish di syarikat yang sama. Kebetulan mereka bekerja di shift sama hari ni. Setibanya waktu lunch hour, akish terus bingkas  ke tempat bibi dan menariknya ke lobi, tak sabar ingin menceritakan hal yang dialaminya pagi tadi.

“Eh! Sakitlaahh!…ko ni kenapa minah oii, x menyempat-nyempat..tau la lapar..lek ahh..” sambil membetul-betulkan tudung nya yang sudah senget sedikit akibat di sentap akish. “wehh, ko teka..sape aku jumpe pagi td..?? “

Bibi mogok, diam sahaja, malas memberi reaksi.. .”aku,.jumpe..wafi”..sambung akish.
“wafi mane…??”..jawabnya malas..

“wafi tu la sengal!, wafi mana lagi…”.. balas akish
“woo..woo..woo.. Mohd Wafi Abd Suki tu ke beb?!!!”, balasnya kuat, kali ni, dia yang menarik lengan akish, duduk di kerusi pantry.

“haa..laa..die, tapi tak sempat tanya ape-ape aku dah blah”..cerita akish ringkas
“laa…ko nihh.. kenape tak tanya mana die pergi selama ni, bukan ko ke yang macam orang gila cari dia selama ni, dah bertahun hilang..” marah bibi.

“aku terkejut lah..macam-macam lah!, lagipun buat apa aku nak ingat balik, nak kena tnya segala bagai, lantak lah die”..balas akish dengan nada sedikit kesal
“well…tapi, sekurang-kurangnya kau dapat tahu cerita sebenar dari mulut dia sendiri beb..”… jawab Bibi sambil menarik kerusi untuk duduk.

“Ehemm!! “, Kedengaran suara lelaki dari belakang.. Akish dan Bibi serentak menoleh terkejut. “Rancak bersembang, boleh join? Hehe..”. Azman sememangnya sudah lama menaruh perasaan kepada Akish tetapi Akish senang untuk pura-pura tidak perasan dengan keadaan itu. 
“sibuklah kau!, ni hal orang pompuan, mana boleh share”..Jawab bibi cuba mengelak. “Eh korang da lunch?? Jom lunch sama, aku takde geng nie..”. Ajak Azman yang sememangnya cuba mencuri peluang untuk mendekati Akish. “Eh...aku kena g bank, tak boleh join, sorila ekk..” Akish memberi alas an tidak logik langsung disangkal Bibi, “woi, bank apa bukak waktu ni??, dah3...jom ikut kitorang”. 

-Bersambung--

12 March 2015

BUKAN KERANA SAYANG



Bahagian: 1


Pin2!!...pin2!! Pon2!!  Lamunan akish terhenti tatkala bunyi hon bertalu-talu dari kereta belakang, Allah… dah hijau rupanya lampu isyarat. Terus akish tekan pedal minyak dan memecut laju volkswagen beetle warna biru tua milik nya itu.

Setibanya di pangsapuri perdana, seperti biasa akish akan parking di lot parking belakang bangunan, walaupun gelap dan menakutkan, akish lebih rela redah daripada harus membuang masa mencari-cari parking di lot parking hadapan yang semestinya sudah penuh pada waktu ini.

Akish terus ke lift dan menekan butang ke tingkat 12. Sunyi, memang waktu orang berehat, yelah.. sudah jam 11 malam. Langkah akish perlahan, sambil tersenyum kelat, akish hairan entah kenapa tetiba di persimpangan lampu isyarat depan hotel concord tadi, akish tiba-tiba teringat segala kenangan dia bersama wafi. Padahal sudah 3 tahun, hari-hari akish akan melewati jalan yang sama untuk ke pejabatnya di seksyen 13.

Pintu rumah tak berkunci, ohh.. si Nad pun tak tido lagi, terkekek-kekek gelak tengah layan cerita korea kt ruang tamu, tak perasan pun akish dah balik. akish malas nak menyapa, terus ke bilik dan menukar pakaian tidur.

Akish penat, tapi otaknya galak mengimbas kenangan-kenangan manis yang bertukar pahit tu. “aaaghhhhh… dah la akish.. tido, tido, tido!!!”” jerit akish pada diri sendiri sambil menutup muka dengan bantal. Malam berlalu begitu sahaja, dan akish tidur dengan tak mandi pada malam itu. :P

Harini akish kerja shift pagi, seperti kebiasaannya, akish akan sedar pukul 6 pagi, delay 15 minit, dalam 6:15, 6:20 akish akan betul-betul bangkit dari katil, mandi, solat dan bersiap-siap ke tempat kerja. Hari ni akish rajin, so dia  buat sarapan nasik goreng ikan bilis.. di simpan sedikit untuk satu-satu nya rakan serumah nya si Nad yang tak pernah tolak rezeki.

Selesai sarapan, akish turun ke parkir, seperti biasa, susuk tubuh comel akish dengan flat shoes, langkah kecik tapi laju akish tu membuat kan siapa sahaja yang melihatnya pasti ingat dia tergesa-gesa, padahal dia memang begitu kecuali ada masa tertentu dia akan jalan perlahan, biasanya sebab tengok phone or tengah ingat jalan.

Setibanya dia ke kereta, tiba-tiba ada suara menyapa….”amboii..lajunya nak kemana tu?”..dengan kening berkerut,  akish toleh ke belakang, perlahan-lahan dari hujung kasut ke atas kepala akish pandang manusia yang menegur itu. Alangkah terkejutnya akish, lelaki itu, suara itu, bau semburan wangian itu, sosok tubuh itu adalah wafi!! lelaki itu!! Lelaki itu!!

Akish yang sememangnya super spontan dalam memberi reaksi wajah kembali toleh ke depan menyembunyikan wajah sambil dalam hati berbisik “biar betik!! baru semalam teringat dooo… harini muncul”. Wafi kembali menegur “helloo…are u okay??..hehe.. “.

Akish memberanikan diri untuk menghadap muka wafi. “ehh, you buat apa kat sini??, I nak g keje, dah lewat, k bye!”… entah kenapa akish menjadi tidak relaks kali ni dan berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan wafi yang tidak sempat membalas apa-apa pun, yang baginya sudah tidak berapa penting untuk di layan..


----BERSAMBUNG---

07 March 2015

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMM…



Lama x menulis, jd segan la plak.. maluuuu… hahaha..

Okey.. pada satu petang… sy di makmal dan sedang semangat nak menulis thesis, tapi tersasar menulis di sini. Xpelah… jap jer…jap jer… *ayat orang degil*

Ok, fifth semester, a good start when my boss accept my result and asked to proceed with thesis… but still….result nk kena polish kasik canteek lagi.. for what… for a good thesis la J

The sedih part is when I have to berjimat2 since my allowance has been stopped for 3 months alreadyyyy… L mengharap belas ehsan orang tua lagi…huhu..Sokey.. bersusah2 dahulu kan.. nanti ada la rezeki Allah nak bagi. Kita susah, ada lagi susah.. 

k, blank dah.. xde idea.. see ya in the next entry !! *semangat!!

26 June 2014

saya masih belajar

Bismillahirrahmanirrahim


Intro utk tahun ni, hahaha! Intro lah sgt! Dah setengah bulan dah ni.. ok, as a 25 years old lady, now saya sudah sambung pelajaran di peringkat master di sebuah university tempatan dalam bidang penyelidikan sains biologi. Sekarang sudah di akhir semester 3, ayark!! Lagi 3 semester to go, berharap supaya masa berlalu dengan perlahan..huhuhuu...

Raaamaiiiii yg tanya, since sy sambung master di UPSI (university pendidikan sultan idris), adakah saya bakal guru??  ..TIDAK. saya bukan ambik BIDANG PENDIDIKAN. So, after graduate, sy tidak akan ada posting, mengajar di sekolah or bla3..

Master in research di UPSI masih lagi baru dan mentah, tidak setaraf university research yg sudah gah seperti UPM, UKM or USM. Makmal-makmal di sini juga masih baru dan masih kekurangan instruments penting yang diperlukan oleh student research seperti sy ni menyebabkan kadang2 saya terpaksa ulang alik UPM-UPSI kerana kekurangan peralatan tertentu.

Alhamdulillah sy bekerja dengan seorang lecturer muda yg sangat optimistic dan sangat2 banyak membantu saya. Sesungguhnya bidang research memang sangat2 mencabar minda, fizikal dan emosi.  Sy janji sy akan kongsi dalam entri yg berlainan.
So far, i’m proud of being part of research student walaupun masa depan sy belum tentu cerah, tapi banyak yg merubah saya sepanjang durasi pengajian ini.

Oh ya, regarding research, sy sedang mengkaji protein enzim yg dinamakan aminoacylase yg mampu berfungsi pada suhu panas, enzim ini sgt penting dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan sebagainya. Secara detailnya tak boleh la sy cerita, bahayerrrr...hahaha..  nak tahu? Boleh google search pasal enzim ni, tapi yang penting sy ekstrak protein ni dari bacteria (busuk k.. memang busuk la ternak kuman nih!) yg diambil dari kolam air panas (hotspring), somewhere in Perak.

ok, secara asasnya, ni lah rupa protein. ada 3 class of structure, primary,secondary dan tertiary structure, semakin kuat, cehhh..kuat, gagah, tuff enzim or protein tu, maka struktur secondary and tertiary must be high lah. kalau protein tu denature, dia akan degrade to structure primary (macam benang2 tuuu..). so biasanya protein ni alah pada suhu tinggi, taaapi! enzim aminoacylase yg saya nk kaji ni tahan suhu tinggi.. tinngi mana tu ciksue! haa...yg tu kna kaji dan masih dlm risikan gue. hiks!



Love u! K bai.
ME..BACK!! FIUUFFFFFF


Assalamualaikum kak jahhhhhh.... mak aih lama xjumpa aih!

dekat dua tahun x hupdate belogs, ada tulis2..pastu x abis citer, save..pastu lupe dah draft blog tu save kt mna.. banyak makan semut..al maklum lahhh...


saya??? sihat alhamdulillah... kome2?? awok2?? sihat ke idookkkk... :)

well..well..well... boring lah!

tu je nak tulis, i will be back with new hohottsss  entry... rawrrrr!! bye2

10 April 2012

Owh masa depan....>>>>>>>>

hallu3.......^,^ cik kiah mai dah...dia mai dah....he3...*awat tetibe cakap kedah nie
  ok2..it's been almost a year sy xupdate my lonely blog..very sad...

ok btw..saya da grad,da konvo,da menganggur, da clash...homaigosh!!! what the scary lifestory timeline i had....very bad...but, that was last year...n beginning of 2012..aku join kursus GEMS...sbb kawan aku yang dah join suruh join bcoz it is usefull for graduated student cam aku ni yg still xsecure a job....aku start 7 january till 1 march..in Merang Suria Resort, Terengganu....skrarang aku sambung praktikal kt Shah Alam di syarikat Innovax Sdn bhd..

 
        well, ni masuk minggu ke-3 kat Shah Alam..this is my 1st time dok kat SA nie..alone!!
.scary...scary..scary...this is crazy...well, for my future, i redah je..=.=
     AJA!!!

   

16 August 2011

ALAMAK!!!!!! AKU TERLUPA LA.........

Assalamualaikum wbt....

waduh2...lama banget gua ngak singgah ke sini..... al maklumla...udah sibok2 gini,,yaa...ngak punya masa sihh...aduuuhhhhhhhhh.....waduh3......(mengom, tibo2 kecek indon..ha3)

ok2...ape yang aku terlupa sangat tu............

he he he....xde ape sebenarnya....aku sebenarnye terlupa yang aku ada 'belog' walaupun 'belog' ni aku sendiri tulis, aku sendiri baca....wawawa.....mood sedey gila bab*......he3...guwaw jer...

ok, sebagai rumusan tok hari ni....(mak ai...baru 2 ayat tulis dah nak rumus dah!!!cepat bebenau!!)
            xde la...nak cakap ape yang dah berlaku 3,4 bulan yang lepas la der......

ok 1st, aku da passed thesis aku yang sangat bergegar tu........xde ape..tajuk cikai je...pasal denggi...detect virus denggi kat jejentik nyamuk aedes......

             .ish...xde ape lah...senang je tajuk tu..hmmm...bese jer...( dah ko ni kenaper,,, tibo2 belagak macam ado arg puji cakap" wow!! gilo hebat ar mung wak tajuk pasal denggi, buke sene tuh">>baca gna dialek ore klatam<<)

ok2...pastu2...ececeh...koya blagak nak bercerita cam org xsabow2  naw nak dengar...he2...pastu aku skang ni kat umah je la...tanam anggur...bukan setakat anggur,,betik pisang tebu semua ada kat umah aku ni...kowang tinggal sebut je...heheh..biasalah umah orang kampung kang..........

harini dah masuk hari ke 17 aku n umat islam d sluruh dunia puasa d bulan ramadhan ni...selamat berpuasa la buat semua yer.........

hurmm,,..pastu skang ni sebok siapkan umah la sebab raye ke2 ni abg aku kawen...baiki2 la mana yang patut walaupun umah aku ni dah macam kena roboh buat baru..hahaha...xde la...biasa la umah dah 11 tahun cat rumah xtukar2 lgi...so,,hrp2 berubah kaler la tahun ni ye dak...

hurrmmm..pastu...pastu...pastu...pastu.....mak aku dah membebel " amboi dah2 le tu dok ngadap 'lektok' tuh...acu g turun kemas apo hok patut...umoh pow "gok" kambing dah ni....



maka dengan itu...aku sebagai anak solehah aku pun nak blah dulu la...harap2 pasni aku akan ingat tok menghupdate "belog" yang sunyi sepi tanpa berita ni...( doh la sunyi bolo' plok tuh..huh...),,,haha....menulis untuk diri sendiri ...jangan mara da...........asssalammualaikomm..


01 April 2011

Mau Tak Pecah Jantung Aku!!!

assalamualaikom...da lama menyepi, hari ni saya buat come back dengan versi terbaru...haha.cam artis lak..
 
i think i haven't tell u guys yet dat this semester i was staying in hostel instead of "rumah sewa" disebabkan oleh alasan yang amat munasabah dan munasarawak untuk saya berpindah ke rumah yang lebih ramai penghuninya which is hostel a.k.a asrama......

mula2 menjejakkan kaki kat bilik mewah yang bertaraf bintang ni...aku tersenyum puas sebb bilik die mmg sangat selesa untuk dihuni oleh insan "pengemas" macam aku ni.....luas and cukup segala keperluan asas.....tapi adat la kan dok hostel, we are sharing a room with others.. ok..in this room sy share with 2 other students which is 3 years older than me and in second year of study, that means they all have 2 years more to complete their degree...

ok, my first impression about them is dat, they are tidy,matured and serious.
yes, ada yang betolnye yang bab pengemas tu...aku pulak yang naik malu sebab meja study aku x tidy cam meja diorang....

ok, berbalik kepada topik utama kita hari ni....JANTUNG....menurut kajian saintifik....ececehh...ok,ok manusia ni akan berdebar2 bila dalam keadaan nervous, takut dan____________( sila isi tempat kosong dengan ape2 jawapan yang anda rase munasabah)...Tapi, boleh anda bayangkan bila anda mendapat mimpi ngeri dan terjaga dari tidur secara mengejut...adakah anda akan rase berdebar2??
sebagai insan yang sangat arif....jawapan nye "ya!!" memang berdebar2...giler2 punyer debaran lah wa cakap lu.....
    so???
 
roomate and berdebar2...what's the interconnection there?
 
yang jadi masalah sekarang ialah....bila aku yang lembut macam kapas ni...tiap2 malam xdapat nak tdo sbb rumet yang keras macam batu ni....aku xpaham...dulu kat umah sewa oown ada gak kawan yang jenis buat keje nak hempas2 barang.... xboley wat elok2 ke? lari kat hostel pown jumpe orang yang spesen gak..........malang betol la......

mungkin masalah yang berlaku ada dalam diri aku sbb aku jenis yang xboleh dengar benda2 jatuh ni...rase macam jantung aku yang nak luruh....even jatuh pen skali pun.....nak2 bila aku ngah tido... sedeh wooo...........da 3 bln lebih aku menanggung seksa ni...xtahu nak tegur macam mana dah...kang lebih2 kang lain plak jadi...masing2 da tua....paham2 sendiri la...dah la ekau tu pompuan, buat2 la perangai lembut sket...jap lagi nak belaki....hah mase tu ekau tahu la.......bila depa orang tutup pintu, bergegar bilik ni...dah la katil aku sebelah pintu ni je...astaghfirullah........sabau je lah..........( sori beb macam2 dialek aku da pakai...biasa la, tengah hangin macam ni...melatah la...ha3)

so. bagi those yang sharing room dengan others tu, pikir2 la ye...orang diam xbermaksud awak tu betul....bawak2 la bertobat yer........assalam.......










06 January 2011

Cinta pertama di zaman sekolah


First love adalah kisah cinta yang rata2 orang yang alaminya akan ingat sampai bila2..xkira la lelaki ke pompuan..ermm lelaki nak ingat kew benda2  cam gni…ada kowt yang akan ingat…biasanye bila ek orang akn alami first love nie?? Urmm…kalo percintaan mase  zaman skolah tu orang  panggil “monkey love” haha…cinta monyet or mat shalleh called it as “puppy love” tapi bg yang nak anggap tu as dorang punyer first love pun boley je kowt…janji percintaan yang  dorang alami tu terkesan di hati sampai xboleh nak tanggal walaupun disental  pakai “Clorox” yang paling tajam skali pown..
anyway..aku rase semua orang alami first love..termasuk la I yang kurang diminati ramai ni pown…ape? Korang ingat aku ni xlaku sangat…hello… I femes taw dulu2 ( mase umur 16 tahun kowt!!) hahahah…

Biasanya mase first love la girl yang dulunye pakaiannye setakat pakai t-shirt da tukar pakai blaus, muka nye yang dulunye  xder secalit krim pown da tukar mekap tebal kalah opera cina dah…hahahah…pastu jerawat pun mula lah tumbuh bak cendawan butang yang tumbuh melata selepas turunnya hujan di pagi hari sebab pakai mekap tebal sangat, sampai pencuci muka cap “susu kambing” pun xmampu nak sental bagi cuci. Kalo yang laki lak, pakaian x ketara sangat la aku rase, Cuma mungkin gaya bahasa dan perbualan mereka akan jd semakin menampakkan “kebuayaan” mereka apabila mereka da ade awek nih..gaye mat romeo  la der…tapi aku xamik port sangat yang sal boboy nie..tapi yang gegirl ni aku tahu la serba sikit… hasil dari penyelidikan, pemerhatian dan pengamatan menggunakan mata hati yang penuh bercahaya bagaikan sportlight jalan raye yang xpernah padam…wahh…over gitu…


Tapi zaman aku dulu.gegirls still pandai jaga diri , walaupun ade yang tukar2 pakwe sebulan skali..haishhh…over kowt pompuan tuh..huhuh..bukan ape..budak2 zaman skarang baru form 1 da pandai bercintan cintun…kalo makan megi cintan tu boleh la rase kenyangnye..nie…hadui…xpadan ngan umor kowt…mase zaman aku dulu…form 1 tu…hingus pun xkering lagi ( yang laki la…kan lambat matang..pompuan darjah 5 dah sampai fasa kematangan dah…). Kalo stakat yang nak bercinta tu mak xkisah la, tapi kalo sampai mengandung bagai ni…ni bikin mak panasss…. Bukan ape..aku rase mungkin ni dah akhir zaman…zaman orang kawin muda dah start balik kitarannye ke tempat asal…tapi……..entahla….xtahu nak salahkan kat sape…mak bapak skarang sibuk bekerja smpai xsempat nak btol2 take care pergaulan anak2…tapi kalo they all xkeje, nk bg anak2 yang berderet tu makan ape…dah la harga barang2 skrg memecut naik macam jet turbo (ada ke…he3)…so? Camaner….???
Aku pernah terserempak ngan  budak2 sekolah ngah berpelukan kat pantai, mase tu aku ngah jogging ngan kawan2 ( mak ai…nak bagitawu jugaks..he3..biasela…mestila amalkan gaya idop shat kan..walaupun jogging sbulan skali!!!!) haduii..cam nak g telangkup je muka diorang kat “ tahi lembu” yang bersepah kat atas jalan raye nih.. mungkin lepas tu bahang asmaradana mereka hilang bersama haruman dan rase tahi lembu yang hangit tu….hahaha..rasakan!!! tapi tu sume aku xbuat la…nati xpasal2 aku kena saman dek mak bapak dorang….aku plak kaya!!! Kat sebelah si merpati dua segeli rupanya ada kawan pompuan makwe die tuh,,mungkin niat die baik..bwak teman kot2 beliau akan diapa2kan oleh si merpati jantan tuh..si kawan ni datang  tengok je la…melopong cam kerang wangi…urmm…mungkin die xde perasaan kot tgok kwan die dok peluk sakan…die makan angin pantai jela…kembong la perut ko jap g ngan dosa kawan ko tuh.,..orang lain dapat sodap…ko dapat dosa kering sbb bersubahat ngan kwan ko datang buat maksiat…

So..bg adik2 yang baru berjinak2 nak bercinta tu…xsalah nak bercinta…tapi biar ada batas…dan fikir baik buruk segala tingkah laku kita…satu hal je aku nak pesan…kalo zaman muda ko wat perangai camni…tipu mak bapak…nanti anak ko pun akan buat benda sama kat ko mase tu ko pun dah kerepot dah….nak larang pun xde tenaga dah, ni btol2 jadi yer…sikit pown aku xtipu…lumrah hidop..hukum karma  so,.tepuk dada tanye same itu hud-hud..ha3… adios amigos…asssalamualaikomm!!


PERTAMA KALI JOIN USRAH!!

Bismillahirrahmanirrahim.. sis tengah gain mood nak membaca report student ni..tapi disebabkan report tu dalam bentuk soft copy, dia punya...