Bismillahirrahmanirrahim…walaupun
waktu nih tengah struggle utk submit thesis, rasa sangkut kalau tak menulis,
hehe…
Sedih? Ye..biaselah
hidup kan, sentiasa diuji. Semua orang ada cara sendri untuk overcome rasa
sedih nie. As for me, dulu-dulu kita takde idea nak buat apa, nak buat camne,
arghhh!!! Last2 tertekan sorang2. Sebab syaitan banyak bisik suruh buat
bukan-bukan. Biasalah muda kan..
Masa menulis
ni, mebi mata aku tengah berkaca..hihi, sebab tu aku decide utk menulis
sekarang, perasaan tengah high kate ko…
Setiap orang
melalui fasa matang tu berbeza-beza, dan aku?? Hehe… aku masih belum matang. Kenapa
ek aku lambat matang. Entah!
Benar, masa
usia awal 20 an jiwa kosong.. tengok orang belajar, kita belajar, tengok orang
bercinta, rasa nak bercinta, tengok orang kawen..hmm.. x rasa sangat nak kawin.
Sebenarnya usia ni kita masih mencari-cari diri kita sendiri, jenis penyabar
ke, jenis tak kisah ke, jenis baran ke, jenis tak ikhlas ke, jenis berkira ke..
haa camtulah.
Masuk usia
24, aku sambung belajar peringkat sarjana. Bermula lah zaman tertekan yang
membawa aku kepada diri aku sendri. Kursus aku ni memerlukan aku ada kat makmal
dari pagi ke malam, pagi ke malam..dan aku sejenis yang komited sebab aku tahu
aku ni jenis yang lambat pick up..so aku kena rajin.
Masuk sem 2
aku mintak kereta ngan abah. Sebab aku dah rosakkan motor LC abg, actually kena
langgar. Masa ni aku stay kat pangsapuri dekat presint 9 putrajaya, setiap kali
aku down.. aku balik dari lab.. aku singgah mana-mana area putrajaya tu.. banyak
jambatan aku leh lepak sorang dan menangis kuat-kuat dalam kereta. (please don't do this anymore)
Pernah aku
balik dari mengajar tuisyen dkt Balakong, aku brenti tepi highway sbb menangis
Ex aku mintak break. Haha.. memang drama. Orang kalau nk mintak putus dia x
kira la kau tgh keje ke, tengah berak ke, tengah tido ke, baru bangun tido ke. Sekarang
ni masalah kau lah nak overcome the feeling. Yes.. first thing, menangis..
As time
goes by, umur pun dah 27, aku mula rasa aku matang sikit…sikit laa… hihi..
sebab aku sekarang lebih calm. Bila stress, I got my own solution.. mula-mula aku
husnuzon, apa-apa jadi… semua atas kehendak Allah. Bila masuk malam, perasaan kita
akan sedikit sayu.. so confirm akan menangis. Kalau solat pun tersekat-sekat bacaan
tu.. banyak dalam kepala kita kan… rasa nya diri ni tak layak nak berbicara
dengan Tuhan sebab dosa kita terlalu banyak. Tak ape, Allah maha mendengar dan
maha pengampun.. jgn malu, menangis dpn Dia sampai keluar belon hingus pun.
Dulu aku
suka luah dekat kawan. Tapi sekarang apa-apa pun, belajar dahulukan Tuhan..kadang2
kawan boleh pengaruhi emosi kau masa ni. Sebab mereka pun tak tahan tengok kau
sedih, at the same time mereka pun akan tnya itu ini apa dan kenapa which is
buat kau lagi stress.
“So lepas
nangis, cari Tuhan k. kadang-kadang aku cari masa free, drive pergi masjid UPM
or masjid putrajaya.. kau solat dgn tenang, duduk dalam masjid tu dan tengok
sekeliling, manusia masuk keluar masjid tiada lain hanya untuk mengabdikan diri
padaNYA dan bayangkan camne kalau seminit lepas ni, kat tempat kau duduk tu
berlaku gempa bumi atau kiamat kecil. Tak kisahlah..asalkan kau buatkan hati
kau berfikir yang kita ni hidup untuk mati. Berbaloi ke bersedih lama-lama
sedangkan selepas mati, hanya amalan yg di hitung, tapi banyak masa kita
habiskan untuk meratap dan bersedih.”
Lepas kau dah reda dan mampu untuk hadap orang lain, contact lah kawan-kawan and ajak diorang lepak ke, makan-makan ke...salah satu benda aku suka buat, hiking.. tengok alam dan exercise. :)
Last tips, tido awal..so that esok bangun subuh awal and cukup rest.
“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al-Qashash:73).
“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al-Qashash:73).
That's it.. a little share from me to overcome sadness, hope membantu!
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment