Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah harini 18 Zulhijjah 1440, sis baru balik dari cuti raya haji hari khamis aritu. sis ada nak share satu pengalaman yang berlaku pada sis a few weeks before sis balik cuti raya haji haritu. As we know, tengah bulan 6 hingga awal bulan 9, universiti awam di malaysia ni, cuti semester. since sis pun menyewa dengan lagi 9 orang student tahun akhir ISMP, maka sepanjang cuti tu, mereka kena hadir sepenuhnya untuk latihan mengajar di sekolah2 yang mereka pilih. so, sepanjang itulah, sis is all alone di rumah 2 tingkat tu. ok, nak relate dengan anxiety, sis banyak situasi nak relate sebenarnya.
Rumah sis rumah teres, kiri kanan jiran adalah family punya house, tapi kami tak pernah bertegur sapa, in fact..sis really2 try hard nak ada eye contact and say hi to them, of course the wives..tapi macam...they are not welcoming us here ;(. faham tak apa sis cuba maksudkan. contoh macam masa kita balik kerja, kebetulan dia pun balik kerja, sampai rumah serentak, sis cuba la leisure2 kat luar tu, konon nk tegur ke nk senyum ke, tapi they are not, bukak pintu terus straight masuk umah tak pandang kiri kanan. so sis is upset kat situ.. tak kan sis nak tegur shuben diorang plak kan. macam x sesuai.
so, bila kawan2 dah cuti, sis dah mula risau sbb sis sorang2, and takde kawan lain di tg malim ni, kecuali labmate sorg, dia stay jauh sikit and takde transport, so susah sikit nak mintak tolong. so bila malam je, sis start risau. asalnya sis ok ok je. mula lah satu malam tu, sis dengar something meletup macam bunyi mentol meletup ke apa kuat sangat and macam dekat sangat dgn sis masatu and bunyi dari pintu sliding sekali, buat sis panik malam tu. sebab bila rumah teres, rumah sebelah2 boleh jump from balcony to balcony je kalau nak ke rumah sebelah. so since malam tu, asal malam je, sis akan tutup pintu bilik and sandar pintu dengan katil roomate untuk double safety (pintu bilik sis plak mmg rosak tak boleh kunci, ha tepukkk) and malam2 tidur dengan lampu terpasang, boleh nyenyak tak tidur agak2? huhuhhu...
disebabkan malam2 sis "terpaksa" insomniakan diri sebab perkara diatas tadi, and pagi nya kena datang lab, my body immune sistem dah lemah..and kena jangkitan virus exanthem yang sis tak tahu bila and kat mana kena sebab sis always here and there sebab buat part-time and attend family invitation etc. so awal bulan 7 sis dah dpt simptom sakit2 badan, pening, and demam2, sis pergi jumpa Dr kat klinik upsi buat pertama kali, Dr bagi ubat sakit badan, ubat tahan muntah/pening and boleh plak misi kat farmasi tu tanya, "awak mengandung ke?" sentapzzz k hahaha! sebab ubat tahan muntah punya pasal. entahlah, tapi sampai sekarang tak bersentuh ubat tu, sebab sis x muntah, tapi pening2, so better xpayah amik if boleh kawal lagi.
after seminggu, badan sis naik rashes, mula kat tangan and lengan sis risau takut denggi..g jumpa Dr upsi lagi, bagi ubat gatal and calamine lotion..dr kata bukan denggi. ok, day by day, rashes makin teruk, family paksa suh g check darah, g klinik upsi lagi dengan harapan Dr check darah, tapi hampa..Dr just bagi cream gatal and tambah ubat gatal and strepsil sebab sis cakap sesak nafas. sis tak boleh brain knapa Dr bagi strepsil sebab sesak nafas, sebab masa nganga mulut, Dr kata ada merah2 kat tonsil. minggu tu pula ada kes student meninggal kena tibi, pastu sis pun kena soal siasat sebab dulu ada student masuk icu sebab kena jangkitan kuman and student tu pernah guna lab sis untuk buat eksperimen tu. bertambah la risau sis sebab takut kuman tu still there and berjangkit ke kita plak.
malam2 memang tak boleh tido sebab sorang2 tu satu, ni tambah plak gatal2 teruk, tengok badan sendiri macam peta dunia, benua sana sini hahaha. esoknya pagi di lab,after sis makan strepsil, tiba2 rasa ruang udara dalam mulut ni kebas2 dan mengembas, macam area tonsil tu dah tutup jalan udara nak ke peparu.sis cuba ignore and tarik nafas, lama jugak la..smpai tak ingat bila dia back to normal. after habis lab demonstration haritu, sis balik rumah agak lewat, sebab amali diorang dragged sampai kul 7, balik rumah, makan kejap, nak solat magrib, tengah solat tu, tetiba perasaan tak sedap, kebas satu badan and shaking, cuba jugak habiskan solat. pastu amik fon, call kawan, tanya kecemasan klinik tg malim boleh pergi tak waktu tu. sis kuatkan diri drive ke unit kecemasan tu, bagi ic kat kaunter dengan badan shaking., cakap, saya tak boleh nafas..assaaaya tttakk bolehhhh nnafasss!! sis malu, sebab rupa sis macam dalam cerita orang yang sakit sebab tak dapat dadah hahahaha!..brother depan tu tengok2 kat sis, air mata toksah kata la...macam air terjun..dah la sorang2..faham tak hahaha. dalam 5 minit pastu dia suh masuk, cek bloodpreessure sume, sorang doktor and MA datang. terus doktor tu cakap perkataan "HYPERVENTILATION", and doktor tu suh sis amik deep breath and bertenang.
kemudian, mereka suh masuk bilik rawatan tu, baring, Dr amik darah, and sorang nurse pompuan datang, sambung wayar2 kat badan dan kaki. sis tanya, ni nak cek jantung ke? nurse angguk. disebabkan masa nak pasang wayar tu, baju kita kena angkat, nurse nampak la sis punya rashes yang macam benua kat badan sis tu. Nurse tnya kenapa nie, cakap la allergik, tapi tak tahu allergik apa..nurse tu pelik kenapa dr.kat upsi tu tak inject instead of bagi lotion and cream je sebab sis punya rashes memang scarreyhhhh!!. sebenarnya salah sis juga sebab sis just tunjuk kat lengan, padahal yang teruk tu kat area badan, tapi sis macam rasa tu aurat sebab ketiga2 kali sis gi klinik upsi, dapat Dr lelaki huhu..mebi pasni sis cuba request je..
Lepas result jantung tu dah dapat capture bacaan, nurse suh sis sedut oxygen apa tu, yang pasang dekat hidung tu. Tak lama pastu Dr datang, tanya keadaaan sis, sis pun tak sedar masa tu dah stop shaking and nafas dah ok. Dr ni bagus, tenang je, ajak sembang, suh kita calm. dia kata result darah tadi saya kena virus EXANTHEM, sebab tu saya demam and gatal2 tu... tang tu jugak sis google dan tunjuk kat Dr. and tanya, virus ni ke Dr? Dr angguk. pastu, Dr bagi ubat, then sis pun boleh balik like takde apa berlaku hahaha! just Dr bagi ubat demam.
balik2 rumah sis terus ingat perkataan hyperventilation tadi, terus google..
"Hyperventilation is a condition in which you start to breathe very fast. Healthy breathing occurs with a healthy balance between breathing in oxygen and breathing out carbon dioxide. You upset this balance when you hyperventilate by exhaling more than you inhale."
lahhh...rupa2nya tadi sis kena panic attack. sis tahu pasal benda ni, sebab mmg folow group anxiety di FB and mostly diorang if kena serangan, diorang akan share pengalaman and the members will support each other. bila sis post pasal pengalaman sis kena panic attack di FB sis, ada someone komen, "kenapa kena panic attack? ada anxiety ke?".. masatu sis agak tertampar jugak la sebab ayat dia really x cover hahaha. tapi benda tu lead sis untuk fikir balik apa benda yang trigger sis anxiety masatu sampai kena panic attack. bila fikir2 balik.. start dari risau tinggal di rumah sorang2, naik rashes, tak boleh tido malam, pastu minum coffee lagi sebab nak cover ngantuk makan ubat gatal. itulah sebenarnya punca. so lepas ni.. sis kena alert and if panic attack serang lagi, i just need to try to rilex, deep breath and rest..
ok itu sahaja..gatal2 dia belum sembuh sepenuhnya. ada sikit lagi kadang2 berbintat sana sini tanpa sebab. sis layankan je, malas nak fikir macam2 dah macam aritu. kadang kita tak sedar kita tengah built up anxiety tanpa kita sedar, so sis lepas ni akan belajar untuk tak terlalu layan perasaan ingin tahu tu sangat and let it go and rilex. insyaALLAH things will be getting ok.
Asssalamualaikum...
19 August 2019
01 July 2019
PENYELIA POSTGRADUATE
Assalamualaikum wbt,
Sis kembaliiii... ok, sebelum sis makin busy, sis up satu entry pasal pentingnya pemilihan penyelia masa buat research Master or PhD.
Ok, first thing first, before kita nak mula approach pensyarah mana untuk kita assign as our supervisor untuk projek kita, kena tahu bidang expetise dia. match atau tak dengan projek yang kita nak buat. Tapi most of the time, pensyarah yang akan iklan kekosongan tempat untuk student phD, and tajuk dan bidang research juga sudah ada, student yang bakal join the research nanti, datang daftar dan run projek tu terus. Untuk calon yang ada minat untuk propose projek sendiri, boleh, risiko dia, korang kena self fund, sebab usually pensyarah yang approach student tu dia ada geran research "ka ching!!!"" $$$$$$$$$. hehehehe. yes, untuk tanggung korang punya elaun belajar juga, kamu perlu run projek yang ada geran ye adik2.
Ketika sis apply master dulu, tahun 2013, Mybrain15 sangat mudah nak dapat, apply online je, submit borang2 kat kaunter, asalkan cgpa above 3.0, lulus!. so student yang under mybrain15 ni, yuran pengajian akan ditanggung selama 4 semester atau tidak lebih dari RM10k. dan sekiranya ada baki dari RM10k tu, kamu dapat la guna untuk claim duit thesis lepas kamu dah submit hardbound ke universiti (kepil dengan surat senat).Claim thesis tu maksimum RM3k, sis tengah tunggu duit masuk ni, sis dah hantar november last year, insyaAllah bulan ni masuk, dapatla setelkan hutang2 tertunggak hihi.
Berbalik kepada isu penyelia, kalau kamu dah ada kawan2 yang kenal pensyarah tu, cuba riki2, tanya pensyarah tu ok tak, student dia graduate on time tak. Penting untuk survival kamu nanti. Untuk kes sis, pensyarah sis masa tu xde lagi student postgrad yang graduate (jeng jeng jenggg.....) hahaha.. Sis yang naif ni bawak kepala kosong, datang2, pensyarah interview sikit, after seminggu sis buat keputusan nak terima je. so bermula la kisah postgrad master sis pada januari 2013, daftar sebagai student upsi, tapi akan attach ni upm..kisah suka duka yang ni sis akan post secara bersiri (giteww) di lain entry, sebab terlalu banyak suka duka drama dan air mata yang jatuh sepanjang journey master sis.
So!, basically pensyarah muda akan kurang sedikit dana geran yang dia dapat, and sis dapat elaun masa tu dalam RM600 je rasanya x ingat sangat, selama 3 tahun. duit tu la nak survive dan alhamdulillah first year di upm, sis tumpang rumah abang dan isteri di putrajaya dan ulang alik serdang-putrajaya dengan guna motorsikal (Fuhhhh...).
Life sis huru hara after sis dah tamat pembiayaan elaun, so basically I was in financially drained!.bermula hujung tahun 2015, sis balik kampung dan bermula la episod kemurungan dan anxiety sis..sis akan buat entry lain jugak yang ni sebab jalan cerita dia "heavy" sedikit. so kat sini la pentingnya penyelia yang bagus dan concern, dia akan bantu dan support student dia walaupun sis sendiri masa tu dah "totally give up". Supervisor sis lebih percaya dengan kemampuan sis, berbanding diri sis, dan peluang demi peluang dia bagi kat sis supaya sis bangkit walaupun masa tu semangat sis untuk berjuang tinggal setitis je tersisa. Alhamdulillah selain keluarga yang memahami, pensyarah sis pinjamkan sedikit wang untuk sis selesaikan yuran tertunggak (lepas habis tajaan Mybrain15 pada 2014). Masa ni sis sangat tersentuh juga, walaupun dia non-muslim, tapi akhlak dia sangat terpuji dan baik hati. Masa ni sis dah hijrah, dah berniqab, sis bisik diri sendiri,
"aku tak nak leka lagi, sebab aku bawa imej islam, aku kena kuat dan bangkit dan jadi manusia yang berpegang pada janji sebab aku tak nak jadi manusia munafik."
last but not least, before proceed dengan pensyarah tu, makesure dia tak terlalu busy, so that kamu boleh meeting dengan dia selalu dan update progress direct face to face. selain dapat eratkan hubungan antara pelajar-penyelia, kamu dapat ilmu direct from him as expertise dalam research kamu and alhamdulillah, supervisor sis sangat2 suka berbagi ilmu. dan dia akan explain sampai kamu faham. however, please..please make sure before kamu meeting with your supervisor, do some homework and preparation, sebab kamu ni bukan uindergad nak kena spoonfeed je knowledge tu. and tolong come out with ideas, think out of the box. supervisor boleh tengok potensi kamu masa ni dan kadang2, dia akan bagi "jalan keluar untuk kamu" which means, "terminate", perkataan yang student postgrad paling takut...hehehe
Jadi, itulah serba sdikit faktor sis terima apabila supervisor sis approach untuk sambung phD under him, itu pun sudah setahun beliau iklan kekosongan tu dan belum dapat yang sesuai. dengan elaun yang ditawarkan, cukup untuk sis back up diri sis, sebab sis belum dapat kerja masa tu, so why not sis grab je chance yang ada ni.
so, see you in the next post!
assalamualaikum...
06 March 2019
AZAM 2019
Assalamualaikum..
Lama sungguh sis tak update, 3 tahun lamanya. sis janji2, tak muncul2 jua posting barunya. hehe.. dalam masa 3 tahun tu, sis simpulkan perjalanan hidup sis. firstly, sis dah graduate master last year october. dan tahun ni, january 2019, sis start sambung PhD di upsi juga. sis nak cerita jugak kenapa sis setuju sambung PhD dengan pensyarah sis yang sekarang yang juga sv masa sis buat master. tunggu sis cerita di posting yang lain yerr.. hehe
as for living, sis start join as crew event2 area KL and selangor for duit makan dan life maintenance yang lain. range elaun sis dapat usually dalam RM50-100 sehari. cukup untuk survived, tapi tak mampu nak menabung..
few years back sis stay area KL, menumpang di rumah kakak dan abg ipar bersama sofea. and start february aritu sis start menyewa di tanjung malim dah, supaya sis senang ulang alik kampus dan lab. usia sis dah nak masuk 30 this year, so agak cepat letih if drive jauh and stressfull bila hadap jem. so i think this is the best way to do..stay nearby UPSI!.
Back to our topic, azam 2019 ni, sis nak start menabung dan bayar hutang ptptn. sis juga tak nak buang masa banyak dengan benda tak berfaedah, contoh macam tidur lebih masa, scroll social media berjam2.. if diizin Allah, sis bertemu jodoh this year, i will be happy to get through it, walaupun sis tahu, susah nak break down my own ego and accept new person with new habits etc especially as our lifetime partner. but insyaAllah.. Allah knows better.
sis excited nak menulis, and i hope this post will be my kickstart to rajin2kan diri menulis lepas ni.
see you in the next post!
Assalamualaikum..
Lama sungguh sis tak update, 3 tahun lamanya. sis janji2, tak muncul2 jua posting barunya. hehe.. dalam masa 3 tahun tu, sis simpulkan perjalanan hidup sis. firstly, sis dah graduate master last year october. dan tahun ni, january 2019, sis start sambung PhD di upsi juga. sis nak cerita jugak kenapa sis setuju sambung PhD dengan pensyarah sis yang sekarang yang juga sv masa sis buat master. tunggu sis cerita di posting yang lain yerr.. hehe
as for living, sis start join as crew event2 area KL and selangor for duit makan dan life maintenance yang lain. range elaun sis dapat usually dalam RM50-100 sehari. cukup untuk survived, tapi tak mampu nak menabung..
few years back sis stay area KL, menumpang di rumah kakak dan abg ipar bersama sofea. and start february aritu sis start menyewa di tanjung malim dah, supaya sis senang ulang alik kampus dan lab. usia sis dah nak masuk 30 this year, so agak cepat letih if drive jauh and stressfull bila hadap jem. so i think this is the best way to do..stay nearby UPSI!.
Back to our topic, azam 2019 ni, sis nak start menabung dan bayar hutang ptptn. sis juga tak nak buang masa banyak dengan benda tak berfaedah, contoh macam tidur lebih masa, scroll social media berjam2.. if diizin Allah, sis bertemu jodoh this year, i will be happy to get through it, walaupun sis tahu, susah nak break down my own ego and accept new person with new habits etc especially as our lifetime partner. but insyaAllah.. Allah knows better.
sis excited nak menulis, and i hope this post will be my kickstart to rajin2kan diri menulis lepas ni.
see you in the next post!
Assalamualaikum..
26 July 2016
9 Tips For Life Happily
1. Do not Fear and Worry
• Feelings of fear and worry is our mind the most unproductive . Most of the things we worry about or fear never happens. So what are we worried and afraid?
• Feelings of fear and worry is our mind the most unproductive . Most of the things we worry about or fear never happens. So what are we worried and afraid?
2. Do not Revenge
• Revenge is the biggest thing and it will be the heaviest burden if we keep them in our hearts. Will you carry it throughout life? .... I do not think so. Do not waste our energy to hold a grudge, it is definitely of no use. Please use our energy for the things that are positive.
3. Focus On One Problem
• If we have some problems, resolve our problems one by one. Do not think of to solve the problem at once because it will make us even more stress.
4. Do not Bring Problems into Your Sleep
• The problem is a very bad thing for the health of our sleep. Our subconscious mind is a remarkable thing that can make us nervous and we become not sleep soundly.
5. Do not Try To Resolve Others Problems
• Help others who are in trouble is a noble thing, but if we take the largest share to resolve the problems of others that's the biggest mistake. Let such a person who solve their own problems with the largest share.
6. Do not Live in the Past
• It may be convenient for us to remember unpleasant things in the past but do not you fall asleep in it. Concentrate with what is happening at the moment, because we will be able to feel a lot of happiness in the moment. I'm sure we'll have a feeling much happier if we were celebrating what happened today than remembering happiness in the past.
7. Be a Good Listener
• Probably most people including me hard to be a good listener. On the contrary we expect other people to listen to our speech, but actually to learn to listen to others, we will get a lot of new things that can be very useful for the happiness of our lives.
8. Do not Let The Frustration Disrupt Your Life
• Have pity on ourselves more than anything, I mean we must not give in to frustration. Move on. Take positive action and do it consistently.
9. Always Thankful
• Be grateful and thankful for all that we got, not only positive but also negative things, because I believe behind every negative thing, there are good things that we can learn.
SEDIH TAK TERLUAH
Bismillahirrahmanirrahim…walaupun
waktu nih tengah struggle utk submit thesis, rasa sangkut kalau tak menulis,
hehe…
Sedih? Ye..biaselah
hidup kan, sentiasa diuji. Semua orang ada cara sendri untuk overcome rasa
sedih nie. As for me, dulu-dulu kita takde idea nak buat apa, nak buat camne,
arghhh!!! Last2 tertekan sorang2. Sebab syaitan banyak bisik suruh buat
bukan-bukan. Biasalah muda kan..
Masa menulis
ni, mebi mata aku tengah berkaca..hihi, sebab tu aku decide utk menulis
sekarang, perasaan tengah high kate ko…
Setiap orang
melalui fasa matang tu berbeza-beza, dan aku?? Hehe… aku masih belum matang. Kenapa
ek aku lambat matang. Entah!
Benar, masa
usia awal 20 an jiwa kosong.. tengok orang belajar, kita belajar, tengok orang
bercinta, rasa nak bercinta, tengok orang kawen..hmm.. x rasa sangat nak kawin.
Sebenarnya usia ni kita masih mencari-cari diri kita sendiri, jenis penyabar
ke, jenis tak kisah ke, jenis baran ke, jenis tak ikhlas ke, jenis berkira ke..
haa camtulah.
Masuk usia
24, aku sambung belajar peringkat sarjana. Bermula lah zaman tertekan yang
membawa aku kepada diri aku sendri. Kursus aku ni memerlukan aku ada kat makmal
dari pagi ke malam, pagi ke malam..dan aku sejenis yang komited sebab aku tahu
aku ni jenis yang lambat pick up..so aku kena rajin.
Masuk sem 2
aku mintak kereta ngan abah. Sebab aku dah rosakkan motor LC abg, actually kena
langgar. Masa ni aku stay kat pangsapuri dekat presint 9 putrajaya, setiap kali
aku down.. aku balik dari lab.. aku singgah mana-mana area putrajaya tu.. banyak
jambatan aku leh lepak sorang dan menangis kuat-kuat dalam kereta. (please don't do this anymore)
Pernah aku
balik dari mengajar tuisyen dkt Balakong, aku brenti tepi highway sbb menangis
Ex aku mintak break. Haha.. memang drama. Orang kalau nk mintak putus dia x
kira la kau tgh keje ke, tengah berak ke, tengah tido ke, baru bangun tido ke. Sekarang
ni masalah kau lah nak overcome the feeling. Yes.. first thing, menangis..
As time
goes by, umur pun dah 27, aku mula rasa aku matang sikit…sikit laa… hihi..
sebab aku sekarang lebih calm. Bila stress, I got my own solution.. mula-mula aku
husnuzon, apa-apa jadi… semua atas kehendak Allah. Bila masuk malam, perasaan kita
akan sedikit sayu.. so confirm akan menangis. Kalau solat pun tersekat-sekat bacaan
tu.. banyak dalam kepala kita kan… rasa nya diri ni tak layak nak berbicara
dengan Tuhan sebab dosa kita terlalu banyak. Tak ape, Allah maha mendengar dan
maha pengampun.. jgn malu, menangis dpn Dia sampai keluar belon hingus pun.
Dulu aku
suka luah dekat kawan. Tapi sekarang apa-apa pun, belajar dahulukan Tuhan..kadang2
kawan boleh pengaruhi emosi kau masa ni. Sebab mereka pun tak tahan tengok kau
sedih, at the same time mereka pun akan tnya itu ini apa dan kenapa which is
buat kau lagi stress.
“So lepas
nangis, cari Tuhan k. kadang-kadang aku cari masa free, drive pergi masjid UPM
or masjid putrajaya.. kau solat dgn tenang, duduk dalam masjid tu dan tengok
sekeliling, manusia masuk keluar masjid tiada lain hanya untuk mengabdikan diri
padaNYA dan bayangkan camne kalau seminit lepas ni, kat tempat kau duduk tu
berlaku gempa bumi atau kiamat kecil. Tak kisahlah..asalkan kau buatkan hati
kau berfikir yang kita ni hidup untuk mati. Berbaloi ke bersedih lama-lama
sedangkan selepas mati, hanya amalan yg di hitung, tapi banyak masa kita
habiskan untuk meratap dan bersedih.”
Lepas kau dah reda dan mampu untuk hadap orang lain, contact lah kawan-kawan and ajak diorang lepak ke, makan-makan ke...salah satu benda aku suka buat, hiking.. tengok alam dan exercise. :)
Last tips, tido awal..so that esok bangun subuh awal and cukup rest.
“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al-Qashash:73).
“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (QS. Al-Qashash:73).
That's it.. a little share from me to overcome sadness, hope membantu!
Assalamualaikum..
12 April 2016
BUKAN KERANA SAYANG
Bahagian 2
Akish memecut laju ke tempat kerja, wajah wafi bermain2 di kepala, sambil bermonolog sendiri “ camne die blh ada kat sini, dia buat apa kat sini??..ahhhh, lantak lah..x penting, pikir pun buat sakit hati..fokus3..”
Akish memecut laju ke tempat kerja, wajah wafi bermain2 di kepala, sambil bermonolog sendiri “ camne die blh ada kat sini, dia buat apa kat sini??..ahhhh, lantak lah..x penting, pikir pun buat sakit hati..fokus3..”
Akish
bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat komunikasi tempatan di shah alam, cabaran
tugasnya hari-hari adalah angkat telefon, selesaikan masalah pelanggan, dan
kena tahan maki dengan customer yang call untuk komplain dan sebagainya. Kawan
rapat akish, bibi yang juga rakan sekelas akish masa study UTM dulu juga kerja
bersama akish di syarikat yang sama. Kebetulan mereka bekerja di shift sama
hari ni. Setibanya waktu lunch hour, akish terus bingkas ke tempat bibi dan menariknya ke lobi, tak
sabar ingin menceritakan hal yang dialaminya pagi tadi.
“Eh!
Sakitlaahh!…ko ni kenapa minah oii, x menyempat-nyempat..tau la lapar..lek
ahh..” sambil membetul-betulkan tudung nya yang sudah senget sedikit akibat di
sentap akish. “wehh, ko
teka..sape aku jumpe pagi td..?? “
Bibi mogok,
diam sahaja, malas memberi reaksi.. .”aku,.jumpe..wafi”..sambung akish.
“wafi
mane…??”..jawabnya malas..
“wafi tu la
sengal!, wafi mana lagi…”.. balas akish
“woo..woo..woo..
Mohd Wafi Abd Suki tu ke beb?!!!”, balasnya kuat, kali ni, dia yang menarik
lengan akish, duduk di kerusi pantry.
“haa..laa..die,
tapi tak sempat tanya ape-ape aku dah blah”..cerita akish ringkas
“laa…ko
nihh.. kenape tak tanya mana die pergi selama ni, bukan ko ke yang macam orang
gila cari dia selama ni, dah bertahun hilang..” marah bibi.
“aku
terkejut lah..macam-macam lah!, lagipun buat apa aku nak ingat balik, nak kena
tnya segala bagai, lantak lah die”..balas akish dengan nada sedikit kesal
“well…tapi, sekurang-kurangnya kau dapat tahu cerita sebenar dari mulut
dia sendiri beb..”… jawab Bibi sambil menarik kerusi untuk duduk.
“Ehemm!! “,
Kedengaran suara lelaki dari belakang.. Akish dan Bibi serentak menoleh
terkejut. “Rancak bersembang, boleh join? Hehe..”. Azman sememangnya sudah lama
menaruh perasaan kepada Akish tetapi Akish senang untuk pura-pura tidak perasan
dengan keadaan itu.
“sibuklah kau!, ni hal orang pompuan, mana boleh share”..Jawab
bibi cuba mengelak. “Eh korang da lunch?? Jom lunch sama, aku takde geng nie..”.
Ajak Azman yang sememangnya cuba mencuri peluang untuk mendekati Akish. “Eh...aku
kena g bank, tak boleh join, sorila ekk..” Akish memberi alas an tidak logik
langsung disangkal Bibi, “woi, bank apa bukak waktu ni??, dah3...jom ikut
kitorang”.
-Bersambung--
12 March 2015
BUKAN KERANA SAYANG
Bahagian: 1
Pin2!!...pin2!! Pon2!! Lamunan akish terhenti tatkala bunyi hon bertalu-talu dari kereta belakang,
Allah… dah hijau rupanya lampu isyarat. Terus akish tekan pedal minyak dan
memecut laju volkswagen beetle warna biru tua milik nya itu.
Setibanya di pangsapuri perdana, seperti biasa
akish akan parking di lot parking belakang bangunan, walaupun gelap dan
menakutkan, akish lebih rela redah daripada harus membuang masa mencari-cari
parking di lot parking hadapan yang semestinya sudah penuh pada waktu ini.
Akish terus
ke lift dan menekan butang ke tingkat 12. Sunyi, memang waktu orang berehat,
yelah.. sudah jam 11 malam. Langkah akish perlahan, sambil tersenyum kelat,
akish hairan entah kenapa tetiba di persimpangan lampu isyarat depan hotel
concord tadi, akish tiba-tiba teringat segala kenangan dia bersama wafi. Padahal
sudah 3 tahun, hari-hari akish akan melewati jalan yang sama untuk ke
pejabatnya di seksyen 13.
Pintu rumah
tak berkunci, ohh.. si Nad pun tak tido lagi, terkekek-kekek gelak tengah layan
cerita korea kt ruang tamu, tak perasan pun akish dah balik. akish malas nak
menyapa, terus ke bilik dan menukar pakaian tidur.
Akish
penat, tapi otaknya galak mengimbas kenangan-kenangan manis yang bertukar pahit
tu. “aaaghhhhh… dah la akish.. tido, tido, tido!!!”” jerit akish pada diri
sendiri sambil menutup muka dengan bantal. Malam berlalu begitu sahaja, dan
akish tidur dengan tak mandi pada malam itu. :P
Harini akish
kerja shift pagi, seperti kebiasaannya, akish akan sedar pukul 6 pagi, delay 15
minit, dalam 6:15, 6:20 akish akan betul-betul bangkit dari katil, mandi, solat
dan bersiap-siap ke tempat kerja. Hari ni akish rajin, so dia buat sarapan nasik goreng ikan bilis.. di
simpan sedikit untuk satu-satu nya rakan serumah nya si Nad yang tak pernah
tolak rezeki.
Selesai
sarapan, akish turun ke parkir, seperti biasa, susuk tubuh comel akish dengan
flat shoes, langkah kecik tapi laju akish tu membuat kan siapa sahaja yang
melihatnya pasti ingat dia tergesa-gesa, padahal dia memang begitu kecuali ada
masa tertentu dia akan jalan perlahan, biasanya sebab tengok phone or tengah
ingat jalan.
Setibanya
dia ke kereta, tiba-tiba ada suara menyapa….”amboii..lajunya nak kemana tu?”..dengan
kening berkerut, akish toleh ke
belakang, perlahan-lahan dari hujung kasut ke atas kepala akish pandang manusia
yang menegur itu. Alangkah terkejutnya akish, lelaki itu, suara itu, bau semburan
wangian itu, sosok tubuh itu adalah wafi!! lelaki itu!! Lelaki itu!!
Akish yang
sememangnya super spontan dalam memberi reaksi wajah kembali toleh ke depan
menyembunyikan wajah sambil dalam hati berbisik “biar betik!! baru semalam
teringat dooo… harini muncul”. Wafi kembali menegur “helloo…are u okay??..hehe..
“.
Akish memberanikan
diri untuk menghadap muka wafi. “ehh, you buat apa kat sini??, I nak g keje,
dah lewat, k bye!”… entah kenapa akish menjadi tidak relaks kali ni dan berlalu
pergi begitu sahaja meninggalkan wafi yang tidak sempat membalas apa-apa pun, yang baginya sudah tidak berapa penting
untuk di layan..
----BERSAMBUNG---
07 March 2015
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMM…
Lama x menulis, jd segan la plak.. maluuuu… hahaha..
Okey.. pada satu petang… sy di makmal dan sedang semangat
nak menulis thesis, tapi tersasar menulis di sini. Xpelah… jap jer…jap jer…
*ayat orang degil*
Ok, fifth semester, a good start when my boss accept my
result and asked to proceed with thesis… but still….result nk kena polish kasik
canteek lagi.. for what… for a good thesis la J
The sedih part is when I have
to berjimat2 since my allowance has been stopped for 3 months alreadyyyy… L mengharap belas ehsan orang tua lagi…huhu..Sokey..
bersusah2 dahulu kan.. nanti ada la rezeki Allah nak bagi. Kita susah, ada lagi
susah..
k, blank dah.. xde idea.. see ya in the next entry !! *semangat!!
26 June 2014
saya masih belajar
Bismillahirrahmanirrahim
Intro utk tahun ni,
hahaha! Intro lah sgt! Dah setengah bulan dah ni.. ok, as a 25 years old lady,
now saya sudah sambung pelajaran di peringkat master di sebuah university tempatan
dalam bidang penyelidikan sains biologi. Sekarang sudah di akhir semester 3,
ayark!! Lagi 3 semester to go, berharap supaya masa berlalu dengan
perlahan..huhuhuu...
Raaamaiiiii yg tanya,
since sy sambung master di UPSI (university pendidikan sultan idris), adakah
saya bakal guru?? ..TIDAK. saya bukan
ambik BIDANG PENDIDIKAN. So, after graduate, sy tidak akan ada posting,
mengajar di sekolah or bla3..
Master in research
di UPSI masih lagi baru dan mentah, tidak setaraf university research yg sudah
gah seperti UPM, UKM or USM. Makmal-makmal di sini juga masih baru dan masih
kekurangan instruments penting yang diperlukan oleh student research seperti sy
ni menyebabkan kadang2 saya terpaksa ulang alik UPM-UPSI kerana kekurangan
peralatan tertentu.
Alhamdulillah sy
bekerja dengan seorang lecturer muda yg sangat optimistic dan sangat2 banyak
membantu saya. Sesungguhnya bidang research memang sangat2 mencabar minda,
fizikal dan emosi. Sy janji sy akan kongsi
dalam entri yg berlainan.
So far, i’m proud
of being part of research student walaupun masa depan sy belum tentu cerah,
tapi banyak yg merubah saya sepanjang durasi pengajian ini.
Oh ya, regarding
research, sy sedang mengkaji protein enzim yg dinamakan aminoacylase yg mampu berfungsi
pada suhu panas, enzim ini sgt penting dalam industri farmaseutikal, kosmetik
dan sebagainya. Secara detailnya tak boleh la sy cerita,
bahayerrrr...hahaha.. nak tahu? Boleh google
search pasal enzim ni, tapi yang penting sy ekstrak protein ni dari bacteria (busuk k.. memang busuk la ternak kuman nih!) yg
diambil dari kolam air panas (hotspring), somewhere in Perak.
ok, secara asasnya, ni lah rupa protein. ada 3 class of structure, primary,secondary dan tertiary structure, semakin kuat, cehhh..kuat, gagah, tuff enzim or protein tu, maka struktur secondary and tertiary must be high lah. kalau protein tu denature, dia akan degrade to structure primary (macam benang2 tuuu..). so biasanya protein ni alah pada suhu tinggi, taaapi! enzim aminoacylase yg saya nk kaji ni tahan suhu tinggi.. tinngi mana tu ciksue! haa...yg tu kna kaji dan masih dlm risikan gue. hiks!
Love u! K bai.
ME..BACK!! FIUUFFFFFF
Assalamualaikum kak jahhhhhh.... mak aih lama xjumpa aih!
dekat dua tahun x hupdate belogs, ada tulis2..pastu x abis citer, save..pastu lupe dah draft blog tu save kt mna.. banyak makan semut..al maklum lahhh...
saya??? sihat alhamdulillah... kome2?? awok2?? sihat ke idookkkk... :)
well..well..well... boring lah!
tu je nak tulis, i will be back with new hohottsss entry... rawrrrr!! bye2
Assalamualaikum kak jahhhhhh.... mak aih lama xjumpa aih!
dekat dua tahun x hupdate belogs, ada tulis2..pastu x abis citer, save..pastu lupe dah draft blog tu save kt mna.. banyak makan semut..al maklum lahhh...
saya??? sihat alhamdulillah... kome2?? awok2?? sihat ke idookkkk... :)
well..well..well... boring lah!
tu je nak tulis, i will be back with new hohottsss entry... rawrrrr!! bye2
10 April 2012
Owh masa depan....>>>>>>>>
hallu3.......^,^ cik kiah mai dah...dia mai dah....he3...*awat tetibe cakap kedah nie
ok2..it's been almost a year sy xupdate my lonely blog..very sad...
well, ni masuk minggu ke-3 kat Shah Alam..this is my 1st time dok kat SA nie..alone!!
.scary...scary..scary...this is crazy...well, for my future, i redah je..=.=
AJA!!!
ok2..it's been almost a year sy xupdate my lonely blog..very sad...
ok btw..saya da grad,da konvo,da menganggur, da clash...homaigosh!!! what the scary lifestory timeline i had....very bad...but, that was last year...n beginning of 2012..aku join kursus GEMS...sbb kawan aku yang dah join suruh join bcoz it is usefull for graduated student cam aku ni yg still xsecure a job....aku start 7 january till 1 march..in Merang Suria Resort, Terengganu....skrarang aku sambung praktikal kt Shah Alam di syarikat Innovax Sdn bhd..
well, ni masuk minggu ke-3 kat Shah Alam..this is my 1st time dok kat SA nie..alone!!
.scary...scary..scary...this is crazy...well, for my future, i redah je..=.=
AJA!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERTAMA KALI JOIN USRAH!!
Bismillahirrahmanirrahim.. sis tengah gain mood nak membaca report student ni..tapi disebabkan report tu dalam bentuk soft copy, dia punya...
-
hallu3.......^,^ cik kiah mai dah...dia mai dah....he3...*awat tetibe cakap kedah nie ok2. .it's been almost a year sy xupdate my lon...
-
First love adalah kisah cinta yang rata2 orang yang alaminya akan ingat sampai bila2..xkira la lelaki ke pompuan..ermm lelaki nak ing...
