Bahagian: 1
Pin2!!...pin2!! Pon2!! Lamunan akish terhenti tatkala bunyi hon bertalu-talu dari kereta belakang,
Allah… dah hijau rupanya lampu isyarat. Terus akish tekan pedal minyak dan
memecut laju volkswagen beetle warna biru tua milik nya itu.
Setibanya di pangsapuri perdana, seperti biasa
akish akan parking di lot parking belakang bangunan, walaupun gelap dan
menakutkan, akish lebih rela redah daripada harus membuang masa mencari-cari
parking di lot parking hadapan yang semestinya sudah penuh pada waktu ini.
Akish terus
ke lift dan menekan butang ke tingkat 12. Sunyi, memang waktu orang berehat,
yelah.. sudah jam 11 malam. Langkah akish perlahan, sambil tersenyum kelat,
akish hairan entah kenapa tetiba di persimpangan lampu isyarat depan hotel
concord tadi, akish tiba-tiba teringat segala kenangan dia bersama wafi. Padahal
sudah 3 tahun, hari-hari akish akan melewati jalan yang sama untuk ke
pejabatnya di seksyen 13.
Pintu rumah
tak berkunci, ohh.. si Nad pun tak tido lagi, terkekek-kekek gelak tengah layan
cerita korea kt ruang tamu, tak perasan pun akish dah balik. akish malas nak
menyapa, terus ke bilik dan menukar pakaian tidur.
Akish
penat, tapi otaknya galak mengimbas kenangan-kenangan manis yang bertukar pahit
tu. “aaaghhhhh… dah la akish.. tido, tido, tido!!!”” jerit akish pada diri
sendiri sambil menutup muka dengan bantal. Malam berlalu begitu sahaja, dan
akish tidur dengan tak mandi pada malam itu. :P
Harini akish
kerja shift pagi, seperti kebiasaannya, akish akan sedar pukul 6 pagi, delay 15
minit, dalam 6:15, 6:20 akish akan betul-betul bangkit dari katil, mandi, solat
dan bersiap-siap ke tempat kerja. Hari ni akish rajin, so dia buat sarapan nasik goreng ikan bilis.. di
simpan sedikit untuk satu-satu nya rakan serumah nya si Nad yang tak pernah
tolak rezeki.
Selesai
sarapan, akish turun ke parkir, seperti biasa, susuk tubuh comel akish dengan
flat shoes, langkah kecik tapi laju akish tu membuat kan siapa sahaja yang
melihatnya pasti ingat dia tergesa-gesa, padahal dia memang begitu kecuali ada
masa tertentu dia akan jalan perlahan, biasanya sebab tengok phone or tengah
ingat jalan.
Setibanya
dia ke kereta, tiba-tiba ada suara menyapa….”amboii..lajunya nak kemana tu?”..dengan
kening berkerut, akish toleh ke
belakang, perlahan-lahan dari hujung kasut ke atas kepala akish pandang manusia
yang menegur itu. Alangkah terkejutnya akish, lelaki itu, suara itu, bau semburan
wangian itu, sosok tubuh itu adalah wafi!! lelaki itu!! Lelaki itu!!
Akish yang
sememangnya super spontan dalam memberi reaksi wajah kembali toleh ke depan
menyembunyikan wajah sambil dalam hati berbisik “biar betik!! baru semalam
teringat dooo… harini muncul”. Wafi kembali menegur “helloo…are u okay??..hehe..
“.
Akish memberanikan
diri untuk menghadap muka wafi. “ehh, you buat apa kat sini??, I nak g keje,
dah lewat, k bye!”… entah kenapa akish menjadi tidak relaks kali ni dan berlalu
pergi begitu sahaja meninggalkan wafi yang tidak sempat membalas apa-apa pun, yang baginya sudah tidak berapa penting
untuk di layan..
----BERSAMBUNG---